7.10 a.m.
Saya tiba di sekolah dan memasuki kelas saya. Kami sekelas meletakkan hadiah yang kami sediakan untuk guru kelas kami, Puan Norida duduk di meja guru. Beliau sedang menanda kertas ujian kami.
8.00 a.m.
Kami diminta berhimpun di tapak perhimpunan oleh pengawas. Dengan itu, kami berbaris dan berhimpun di tapak perhimpunan dengan segera. Semua murid dari Darjah 1 hingga 6 diminta untuk memasuki dewan untuk persembahan sempena Hari Guru.
8.30 a.m.
Para pelajar duduk di tempat mereka masing-masing dengan berdisiplin dan tidak membuat bising. Persembahan dimulakan dengan kata alu-aluan daripada tuan pengerusi majlis dan sambung dengan ucapan guru besar. Dalam ucapan beliau yang ringkas itu, beliau menyatakan tujuan sambutan Hari Guru diadakan adalah untuk menghargai dan mengenai jasa guru yang telah mendidik dan membimbing kita dengan bersungguh-sungguh.
9.00 a.m.
Wakil guru dari sekolah saya iaitu Encik Fadzil mengetuai semua guru membaca ikrar dan menyanyi lagu 'Guru Malaysia'. Seterusnya, persembahan-persembahan daripada murid dimulakan. Murid-murid tidak melepaskan peluang yang baik itu untuk menghiburkan para guru yang disayangi. Antara yang paling menarik merupakan persembahan oleh kelas 6 Nangka yang menghiburkan kami dengan persembahan nyanyian sambil tarian yang sangat kelaka menyebabkan ramai guru yang tidak kering gusi.
10.20 a.m.
Selepas penghiburan dari para pelajar. Tepat pada pukul 10.20 pagi kami dilepaskan untuk masa rehat. 20 minit kemudian, pertandingan futsal antara guru dan murid diadakan di kawasan lapang. Walaupun Zachary merupakan ayam tambatan pasukan futsal sekolah saya, dia juga dikalah oleh Encik Fadzil.
11.50 a.m.
Kami pulang ke kelas masing-masing selepas itu. Kami menyambut Hari Guru dengan guru kelas saya, Puan Norida di dalam kelas selama 30 minit. Cikgu Vimala, guru Matematiks kami, juga benarkan kami menyanyi untuk beliau sebagai hadiah pada hari itu.
12.30 p.m.
Semua murid dibenarkan untuk keluar makan tengah hari pada pukul 12.30 tengah hari. Kami berasa sangat gembira kerana diberi ais-krim sempena Hari Guru sebagai pencuci mulut selapas makan. Kami pulang ke rumah dengan gembira.
ayat anda sangat bagus tetapi ayat nya agak sensitive sikit ... btw bagus and good luck ok ..
ReplyDeleteTerima kasih :)
Deletesemua ayat salah
ReplyDeletesalah,.............................
Deletesalah
Deletebabi kamu
Delete-
This comment has been removed by the author.
Deleteseorang babi ~~~~~~
Deleteseorang babi ~~~~~~
Deletecatatan awak memang bagus.cuma ada sedikit kesalahan
ReplyDeleteTerima kasih :) Saya akan membuat pembetulan secepat mungkin.
Deleteayat anda ada salah dan ada betul
ReplyDeleteayat anda ada titik dan tiada titik,ada koma dan tiada koma itu kesalahannya
ReplyDelete