Thursday, 30 August 2012

Guru Yang Saya Kagumi-Cerita

                        Guru merupakan insan yang mulia. Oleh itu, kita mestilah menghormati dan menghargai mereka. Selain itu, guru-guru juga seperti ibubapa kita yang mendidik kita dan menyayangi kita bagai menatang minyak yang penuh.

                        Guru yang saya paling kagumi ialah Puan Norida. Beliau mengajar saya Bahasa Melayu dan Sains. Puan Norida juga merupakan guru kelas saya bagi Tahun Enam. Beliau berumur mungkin lebih daripada 40 tahun.

                        Saya sangat suka akan Puan Norida terutamanya kerana beliau mengamalkan sikap dan nilai yang perlu kita pelajari. Contohnya, beliau seorang yang baik hati. Walaupun demikian, beliau tetap tegas. Puan Norida selalunya membantu murid-murid yang lebih lemah dalam pelajaran dan juga mendisiplinkan muri-murid yang nakal di sekolah.Selain itu, beliau juga mengambil berat terhadap semua pelajar sama ada dalam akademik ataupun kesihatan. Saya tidak akan lupakan kejadian itu, ketika Hari Sukan yang lalu. Saya telah pengsan apabila perbarisan diadakan. Apabila saya tersedar, saya nampak Puan Norida duduk di sisiku. Rupa-rupanya, Puan Norida telah menjaga saya selama masa saya terpengsan. Saya berasa sangat gembira kerana Puan Norida ialah guru kelas saya.

                       Di samping itu, Puan Nprida juga mengajar kami dengan cara-caranya yang tidak bosan seperti berbual dengan kami ketika kami sedang membuat kerja, memberikan banyak contoh yang berkaitan dengan topik yang sedang diajarkan dan memberi pendekatan yang lebih mudah difahami oleh kami. Ini menyebabkan ramai murid yang suka akan beliau.

                        Puan Norida ialah HOD (Head Of Department) untuk mata pelajaran Sains di sekolah saya. Namun begitu, beliau juga aktif dalam ko-kurikulum di sekolah saya. Oleh itu, beliau pernah mengetuai pasukan bola jaring dan berjaya merangkul johan dalam pertandingan itu.

                        Saya sangat bangga kerana dapat diajar oleh guru yang sungguh berdedikasi ini. Saya harap dapat pulang ke sekolah saya dan dapat bertemu dengannya lagi pada masa depan.

30 comments:

  1. suka dgn cerita ni.nk ambil ye

    ReplyDelete
  2. Memang terbaik...tapi ada ejaan yang salah namun tak mengapa sebab orang baca pon mesti faham kan... apa-apa pun memang terbaik...

    ReplyDelete
  3. Tak baik lo saya juga dapat tulis karangan ni lo

    ReplyDelete
  4. Tak baik lo saya juga dapat tulis karangan ni lo

    ReplyDelete
  5. mohon copy yeh sebagai sumber rujukan:)

    ReplyDelete
  6. Thank you, good essay. You should had put in lots of effort.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. terima kasih kerana telah membuat kerja cuti tahunan saya lebih senang

    ReplyDelete
  9. um i dont get it

    ReplyDelete
  10. 👆Ejaan Salah. 👌 cantik karangannya kasi nombor 🏅🏅👍👍👍

    ReplyDelete
  11. Wow!Bestnyer karangan macam ni tak bosan baca

    ReplyDelete
  12. Saya nak buat karangan pun dapat banyak idea

    ReplyDelete
  13. Gud essay. Your essay make my work be easier

    ReplyDelete
  14. Bagus! Guru sekolah saya juga menggunakan karangan kamu tetapi ejaan salah(sedikit)

    ReplyDelete
  15. Casino City, New York, USA - MapYRO
    Casino City, 여주 출장마사지 New 과천 출장안마 York, USA 익산 출장안마 · Casino City, New York, USA · Casino City, New York · Casino City, New York · Casino 동두천 출장샵 City, New York · Casino City, New York · Casino City, New 목포 출장안마 York

    ReplyDelete